Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

Permohonan 'Drive In Cinema' dibenarkan

  • Published in Hiburan

PUTRAJAYA, 9 Julai - Permohonan aktiviti pawagam pandu masuk atau 'Drive In Cinema' dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan tersebut tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Antaranya pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

Petugas RELA juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan juga akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Di luar negara, tindakan yang sama juga telah di lakukan pihak berkuasa Dubai (UAE) apabila membenarkan aktiviti pandu masuk susulan pandemik COVID-19.