Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

''Tak dapat raya lagi'', ditonton lebih 800,000 peminat

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Meskipun tahun ini seluruh negara menyambut hari raya dalam suasana norma baharu, namun lagu-lagu raya tetap mengisi kemeriahan Aidilfitri.

Ini termasuk gandingan kumpulan Floor 88 bersama Baby Shima juga tak kurang hebatnya apabila lagu raya mereka berjudul "Tak Dapat Raya Lagi" trending dalam talian.

Memilih Baby Shima kerana serasi bergandingan, lagu "Tak Dapat Raya Lagi" juga dicipta bagi disesuaikan dengan keadaan negara yang masih dalam tempoh PKP Bersyarat.

Nampaknya percaturan kumpulan ini untuk lagu single terbaharu mereka itu berbaloi apabila trending di platform digital You Tube dengan lebih 800 ribu tontonan selepas hanya tiga hari dimuat naik.

Sebelum ini, Floor 88 dan Baby Shima pernah bergandingan dalam sebuah lagu raya berjudul 'Tak Dapat Raya' tahun lalu dan kini mencecah 16 juta tontonan.

Masih mengekalkan konsep di mana kesemua anggota kumpulan ini iaitu Ayie, Falique, Eric Fuzi, Achoi, Akram dan Amir menyanyi dalam lagu ini namun semua proses rakaman serta video klip dilakukan secara dalam talian.

Akui netizen, lagu itu disukai mereka dan ternyata membuat mereka terhibur sekalipun berjauhan dengan keluarga.