Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

FDAM sambut baik kebenaran, FDAM akan pastikan SOP dipatuhi

  • Published in Hiburan


KUALA LUMPUR, 20 Mei - 
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan penggiat industri perfileman meneruskan aktiviti mereka selepas Hari Raya Aidilfitri.

Presidennya Dr Ahmad Ibrahim dalam kenyataannya berkata, walaupun rayuan mereka untuk menyambung kerja penggambaran sebelum perayaan tidak dipenuhi, keputusan tersebut sekurang-kurangnya melegakan karyawan dan kru penerbitan yang hilang mata pencarian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa dua bulan lalu.

Beliau memberi jaminan, pihak FDAM akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh semua penggiat industri perfileman.

Menurut data FDAM, terdapat 875 karyawan filem dan TV termasuk 35 ahli FDAM mewakili 35 syarikat penerbitan kehilangan punca pendapatan sejak PKP mula dikuat kuasa pada 18 Mac lepas.