Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Industri perfileman dibenar lakukan aktiviti selepas Aidilfitri

  • Published in Hiburan


KUALA LUMPUR, 20 Mei- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi kebenaran kepada industri perfileman untuk meneruskan aktiviti selepas Aidilfitri.

Bagaimanapun, ia perlu dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, kelulusan itu diberikan semasa mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua hari lalu.

Beliau menjelaskan, turut bermesyuarat dan berunding dengan pelbagai persatuan industri perfileman pada minggu lalu, dan membawa hasil perbincangan tersebut ke mesyuarat bersama MKN.

Antara permohonan dibincangkan adalah kebenaran pembikin filem melakukan penggambaran drama, dokumentari atau iklan.

Tambahnya, kerajaan akan meneliti butiran SOP yang dikemukakan untuk industri filem iklan sebelum ia ditetapkan.

Datuk Saifuddin turut memaklumkan akan bertemu pemain industri esok, untuk berbincang dan memahami keperluan operasi program secara langsung dan produksinya.

Beliau ditemubual dalam Episod Siaran Langsung Facebook Duduk Rumah Harith Iskander bertajuk 'Masa Depan Siaran Langsung Hiburan’ Pasca-Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).