Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Sketsa komedi pendek, "HAAA TEPUK" mula bersiaran hari ini

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Sketsa komedi pendek bertajuk HAAA TEPUK bakal menemui penonton bermula hari ini.

Buah tangan Unit Drama TV RTM berdurasi lima minit itu memaparkan isu semasa masyarakat dengan pelbagai watak dan ragam menghiburkan.

Peneraju utama, Zulin Aziz berkata sketsa itu memberi pelbagai kelainan buat dirinya.

Antara artis undangan turut serta dalam Sketsa ialah Fikry Ibrahim, Sham Visa, Issey, Fazlisham, Sangheta dan ramai lagi.

Menurut Penolong Pengarah Unit Drama TV RTM, Rahayu Wahid setiap episod mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyampaikan mesej positif untuk penonton.

HAAA TEPUK bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, pukul 3.55 petang di TV1.