Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Lee Seung Gi bakal temui peminat Malaysia 30 November ini

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Pelakon dan juga penyanyi Korea , Lee Seung Gi bakal mememui peminat Malaysia pada 30 November ini di Kuala Lumpur.

Ini kali pertama Seung Gi ke negara ini dalam siri jelajah jelajah Vagabond Voyage 2019 sempena meraikan ulang tahun kariernya yang ke-15 sepanjang berada di dalam industri hiburan.

Bintang sensasi itu sebelum ini terlebih dahulu telah menjelajah ke Jepun, Filipina , Thailand dan Singapura.

Jelajah berkenaan merupakan inspirasi daripada drama barunya berjudul Vagabond.