Wednesday, 30 September 2020

updated 2:06 AM UTC, Sep 30, 2020

325 anggota KKM positif COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 April - Sehingga hari ini, Seramai 325 anggota Kementerian Kesihatan (KKM) telah dikesan positif COVID-19 iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif sehingga hari ini.

Berdasarkan siasatan, ia bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan KKM.

Sebaliknya, 70 peratus berpunca daripada aktiviti persendirian seperti menghadiri majlis keramaian dan mempunyai sejarah ke luar negara.