Saturday, 8 August 2020

updated 2:24 PM UTC, Aug 8, 2020

Tabung COVID-19 terima lagi sumbangan RM5 juta dari syarikat korporat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Mac - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan RM5 juta untuk Tabung COVID-19 daripada syarikat korporat hari ini.

Antaranya SPANCO, DRB HICOM, MMC Berhad dan YTL Corporation Berhad.

SPANCO diwakili Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang menyumbang RM2 juta.

DRB HICOM pula diwakili Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar, MMC Berhad diwakili Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, dan Tan Sri Datuk Francis Yeoh Sock Ping mewakili YTL Corporation Berhad.

Masing-masing menghulur sumbangan RM1 juta.

Tan Sri S.P yang mewakili TITIJAYA Land Berhad pula menyumbang 520,000 penutup hidung dan mulut untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Sumbangan itu menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan Tabung COVID-19 sebanyak RM8.125 juta tidak termasuk barangan, sejak tabung itu ditubuhkan 11 Mac lalu.