Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Kemuncak Bintang Klasik 2019 ; 8 finalis berjaya melepasi saringan yang dijalankan

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Kemuncak Bintang Klasik 2019 akan menampilkan 8 finalis yang berjaya melepasi saringan yang dijalankan pada Julai dan Ogos lalu.

Acara kemuncak dijadual berlangsung Ahad ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Edisi ke lapan anjuran Radio Klasik ini turut akan disiarkan secara langsung di TV1 dan boleh ditonton melalui Myklik.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Nor Yahati Awang dengan penganjuran Bintang Klasik ini, lagu-lagu irama melayu klasik akan terus malar segar dalam industri hiburan negara.

Beliau ditemui selepas Sidang Media Kemuncak Bintang Klasik 2019 di Auditorium P.Ramlee Angkasapuri.

8 Finalis yang bakal berentap itu disaring daripada keseluruhan 100 peserta seluruh negara.