Tuesday, October 22, 2019
updated 12:55 AM UTC, Oct 22, 2019

IIFW platform utama mempamerkan bakat fesyen tempatan ke seluruh dunia

  • Published in Hiburan

Ipoh - International Ipoh Fashion Week 2019 (IIFW) bakal menghimpunkan peragawati antarabangsa dan pereka fesyen pakaian dari dalam dan luar negara yang akan bermula dari 16 sehingga 20hb Oct 2019.

Acara fesyen antarabangsa yang ke-3 ini mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Perak, Kasih Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan Tourism Perak.

Matlamat IIFW adalah untuk membekal dan memperkasakan pereka fesyen tempatan, membuka peluang untuk kurator, membina bidang kepakaran penjenamaan serta mengukir namanya sebagai acara fesyen mewah di Malaysia.

IIFW turut dapat membantu meningkatkan kemasukan pelancong ke Negeri Perak dan juga mempamerkan budaya, makanan dan destinasi pelancongan yang popular.

Pertama di Perak, ramai mengikuti jejak langkah IIFW dengan membawa pertunjukan fesyen ke Ipoh.

Menurut Pengasas IIFW, Louis Sebastian, industri fesyen di Malaysia dipengaruhi oleh gabungan sejarah Melayu, Cina, India dan pelbagai budaya asli lain.

IIFW telah menjadi platform utama untuk mempamerkan bakat fesyen tempatan ke seluruh dunia dan mengalu-alukan dunia kepada keajaiban di Perak.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar Duli berkenan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gala Amal pada 18hb October 2019.

Sentuhan konsep unik oleh Saudara Zuriee Ahmad dengan barisan nama-nama seperti Amanda Brown, Dato Razduan Radziwill, Datin Sharifah Kirana & Hajarose, Lila Majnun London, Kolej Komuniti Malaysia, Urban Niche, HSDA, Chic & Sleek, UiTM Perak bakal hadiri.

International Ipoh Fashion Week (IIFW) akan meneruskan program kemanusiaan untuk mengumpul dana bagi membeli peralatan perubatan untuk Unit Penjagaan Intensif Kanak-kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan juga rumah gelandangan Teduhan Kelana.

Akhirnya IIFW amat berharap industri fesyen di Ipoh akan berdiri teguh untuk kebaikan generasi muda akan datang.