Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

FINAS wujud Dana Kandungan Digital (DKD), sokong penggiat seni

  • Published in Hiburan

 

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil insiatif untuk membantu para penggiat seni di semua cabang agar industri seni Malaysia terus diperhebatkan. Pemberian dana yang dikenali Dana Kandungan Digital (DKD) bakal disalurkan kepada para penerbit filem cereka, dokumentari dan bagi tujuan promosi filem.

Pengerusi FINAS, Datuk Hans Issac mengalu-alukan penyertaan daripada semua produksi dan berharap dana ini dapat membantu kos kewangan yang sering dihadapi produksi tempatan.
Menurutnya, dana akan dikeluarkan 2 kali setahun, pada Mac dan Ogos.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, penyertaan Festival Filem Malaysia 31, masih lagi terbuka sehingga 15 Mac ini.