Saturday, March 28, 2020

updated 1:48 PM UTC, Mar 28, 2020

Kontroversi lagu Sumpah, Dayana beri tempoh seminggu kepada Naim Daniel

  • Published in Hiburan

 

KUALA LUMPUR, 23 Feb - Baru sahaja dinobatkan juara dalam satu pertandingan nyanyian, timbul pula kontroversi mengenai hak cipta bersama untuk lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel.

Ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi kontroversi penciptaan lagu tersebut dilihat tiada kesudahan bermula tahun lalu.

Dalam satu sidang media khas membabitkan pencipta bersama Dayana Amerda, pihak Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan peguam, Dayana memberi tempoh seminggu bermula Rabu lalu kepada bekas kekasihnya, Naim Daniel.

Naim perlu membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan dan hak milik bersama lagu Sumpah itu yang dihasilkan pada 2015.

Pihak IRAMA pula berharap netizen menghentikan semua tohmahan dan kata cacian menerusi laman sosial tanpa mengecam mana-mana pihak.

Tegasnya, pihak IRAMA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menghasut atau memaki hamun berkaitan isu tersebut.