Monday, February 24, 2020

updated 5:14 AM UTC, Feb 24, 2020

Pindah milik aset, alternatif untuk selamat dan pulihkan Tabung Haji

  • Published in Nasional

 

GEORGETOWN, 23 Feb - Perjanjian Pindah Milik melibatkan Syarikat Tujuan Khas di bawah Kementerian Kewangan adalah alternatif diambil pihak kerajaan bagi menyelamat dan memulihkan Tabung Haji, TH.

Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, langkah itu juga dibuat bagi memulih aset sakit merujuk aset tidak untung agar TH kembali menjana keuntungan.

Beliau turut menjelaskan bahawa isu penjualan empat hotel milik TH sehingga menyebabkan pekerja diberhentikan adalah tidak benar sama sekali.

Datuk Seri Dr. Mujahid mengulas perkara itu semasa Program Ziarah Kasih Rahmah 2020 di Pulau Pinang.

Tambahnya penyebaran berita palsu berkaitan TH umpama penghinaan kepada umat Islam dan boleh memberi risiko kepada 9.4 juta pendeposit TH.