Friday, December 13, 2019
updated 2:49 PM UTC, Dec 13, 2019

'Pawana Isabella' akan dipentaskan sekali lagi sempena Hari Malaysia

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Persembahan teater berjudul 'Pawana Isabella' sekali lagi dipentaskan di Istana Budaya sekali lagi selama empat hari sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.

Pementasan teater tersebut yang bermula 21 Ogos lalu dan berakhir hari ini akan dipentaskan kembali bermula 13 Septemer ini.

Langkah pihak Istana Budaya berminat untuk mementaskan lagi teater 'Pawana Isabella' itu kerana sambutan mengalakkan daripada penonton.

Ini juga memberi peluang kepada peminat persembahan teater tanah air yang mungkin tidak berpeluang menontonnya sebelum ini.

Teater arahan Erma Fatima menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan Datuk Afdlin Shauki.

Teater ini mengetengahkan isu isu semasa iaitu amalan rasuah, sikap malas dan tidak bersatu dalam kalangan orang Melayu.

Jalan ceritanya membawa penonton ke suatu perjalanan bertemakan magis, tentang kisah keunggulan dan kejatuhan kerajaan Malayu Aksara di bawah Raja Pawana dan Permaisuri Isabella.

Aksara ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyatnya hidup dalam keselesaan dan kemewahan, namun tidak pernah bersyukur.