Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

PM tidak pernah menyatakan Air Asia mendapat manfaat daripada prosedur 'offset'

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 Feb - Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah berkata tuduhan pemberian rasuah ke atas Air Asia adalah transaksi 'offset'

Ketika ditanya media mengenai perkara berkenaan selepas Majlis Amanat dan Aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad bersama warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya semalam, beliau menekankan tindakan kerajaan meminta 'offset' di dalam pembelian berharga tinggi, adalah satu prosedur biasa.

Beliau tidak pernah menyatakan Air Asia mendapat manfaat daripada prosedur ini. Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, jika wang disalurkan kepada individu maka ia adalah rasuah.

Namun jika bukan untuk kepentingan peribadi, maka beliau berpandangan, ia bukan rasuah.Tun Dr. Mahathir menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada tindakan tersebut adalah rasuah atau sebaliknya.

Laporan media semalam mengatakan tuduhan pemberian rasuah ke atas Air Asia adalah transaksi offset tidak tepat dan mengelirukan.Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan palsu dan tidak mencerminkan kenyataan sebenar Perdana Menteri.

Justeru, media dinasihatkan agar lebih sensitif dan bertangungjawab kerana berita tidak benar akan menyebabkan masyarakat salah faham mengenai sesuatu perkara.