Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Kelab sukan yang aktif di Wilayah Persekutuan diminta berdaftar secara terus dengan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menyarankan agar semua kelab sukan yang aktif di Wilayah Persekutuan supaya berdaftar secara terus dengan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Ia penting supaya bakat mereka berpotensi dalam bidang sukan di peringkat akar umbi tidak tercicir dan boleh diketengahkan dengan program lebih tersusun.

Warga kota juga dialukan-alukan untuk menubuhkan persatuan sukan agar aktiviti persatuan terlibat dibantu MSWP termasuk dari segi kewangan.