Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Google beri penghormatan pada Sudirman

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Sempena mengenang hari kelahiran,Allahyarham Datuk Sudirman Arshad ke 65, Google meraikan ikon penghibur negara itu dengan 'Doodle' istimewa bagi menghargai sumbangan beliau kepada arena hiburan rantau ini.

Mula memahat nama sebagai Juara Bintang RTM 1976, bakat luar biasa Allahyarham Datuk Sudirman gah di persada antarabangsa, selepas dinobatkan Penghibur Terbaik Anugerah Muzik Asia di Royal Albert Hall, London pada 1989.

Sehingga ke hari ini, legasi Allahyarham Datuk Sudirman meninggalkan kesan mendalam, dengan lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31' dan 'Tegakkan Bendera Kita'.

Menjelang Aidilfitri, alunan 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' dan 'Balik Kampung' pula terus berkumandang dan kekal malar segar.