Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Filem One Two Jaga bolot 6 anugerah FFM 30

  • Published in Hiburan

Foto : FB FINAS Malaysia


PUTRAJAYA - Filem One Two Jaga bolot 6 anugerah termasuk filem terbaik Festival Filem (FFM) 30.

Filem itu turut meraih lima trofi lain iaitu Pengarah Terbaik Namron, Pelakon lelaki terbaik Rosdeen Suboh, Lakon layar terbaik, Cerita asal terbaik dan Poster terbaik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyampaikan anugerah kepada pemenang pengarah dan filem terbaik.

Selain itu Anugerah pelakon wanita terbaik dimenangi oleh Dati Seri Umie Aida menerusi lakonannya dalam filem DUKUN dan anugerah Karyawan sepanjang zaman pula di berikan kepada A.R Badul.

Sebanyak 27 anugerah telah disampaikan di malam kemuncak FFM30 ini termasuk tiga anugerah khas Juri dan para pemenang telah menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).

Selain menteri KKMM, hadir sama Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith, Timbalan Ketua setiausaha KKMM Shalin Ahmad Shakir, Pengerusi FINAS Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Ahmad Idham Ahmad Nadzri.