Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi pelakon berbakat besar Wafa Abdul Kadir

  • Published in Hiburan

 

KUALA LUMPUR - Industri hiburan tanah air kehilangan seorang lagi pelakon berbakat besar.

Wafa Abdul Kadir, 52 tahun, meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya akibat kanser.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah dan seluruh anggota persatuan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Jenazah allahyarham akan disolatkan di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zohor.

Antara filem lakonan arwah Wafa ialah Azizah The Legend.

Beliau juga pernah memegang jawatan Bendahari Persatuan Seniman Malaysia sekitar tahun 2011 Zohor.

Allahyarham merupakan anak bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir Talib.