Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Sime Darby Berhad Catat Keutungan Suku Ketiga

Kuala Lumpur - Sime Darby Berhad mencatatkan keuntungan 663.5 juta ringgit dengan petunjuk kenaikan 60 peratus bagi suku ketiga berakhir 31 Mac berbanding 414.7 juta ringgit tahun lalu.

 

Keuntungan itu hasil penjualan dua aset komersil di Singapura dengan nilai 600.8 juta ringgit.

 

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata Sime Darby mensasarkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) 2 billion ringgit bagi tahun ini.

 

Pendapatan syarikat juga meningkat pada suku ketiga berakhir 31 Mac sebanyak 10.232 juta ringgit berbanding 9.997 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Sime Darby juga berhasrat menjual 14 asetnya di Australia.

 

Beliau ditemui pada majlis Pengumuman Prestasi Suku Ketiga syarikat berkenaan.

 

 

Sumber/Berita Semasa 11AM

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 385