Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Maybank Duduki Tempat Ke-362 Senarai Tahunan Forbes Global 2000

Kuala Lumpur - Kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia, Maybank , menduduki tempat ke-362 daripada 500 syarikat awam terbesar dalam Senarai Tahunan Forbes Global 2000, untuk 2016. 

Senarai tahunan itu turut memaparkan kejayaan Maybank yang memiliki aset bernilai 666.7 bilion ringgit,memperbaiki kedudukannya dengan melonjak 11 tempat, berbanding tahun lalu. 

Syarikat Malaysia lain yang turut tersenarai dalam kelompok 500 syarikat itu adalah Tenaga Nasional Bhd, di tempat ke-464. 

Sejumlah 15 syarikat Malaysia tersenarai dalam senarai 2,000 syarikat awam terbesar itu, termasuk Public Bank di tempat ke-581, dan CIMB Group Holdings, di tempat ke-668. 

Menurut Forbes, kaedah penyenaraian bagi senarai 2000 Global itu menggunakan data sistem FactSet Research bagi menyaring syarikat awam terbesar mengikut 4 metrik iaitu jualan, keuntungan, aset serta nilai pasaran. 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 175