Sunday, 22 May 2022

COVID-19: Langkawi catat penurunan pelancong Januari-April

LANGKAWI, 16 Ogos - Sebanyak 70 peratus pembangunan ekonomi Pulau Langkawi adalah berteraskan sektor pelancongan dengan catatan sehingga 1.35 juta pelancong pada tahun 2019.

Namun, peratusan itu turun mendadak dengan hanya 791,630 pelancong dicatatkan bagi Januari sehingga April tahun ini susulan Pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, kerjasama antara industri pelancongan menjadi tunjang dalam memajukan semula sektor itu meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Pelancaran Inisiatif Pelancongan @HELANG di Langkawi.

Inisiatif itu menekankan tiga teras, 10 strategi dan 30 deraf tindakan yang mana tiga daripada strategi utama melibatkan sektor pelancongan Langkawi.

Ia termasuklah menjenamakan semula Langkawi sebagai destinasi selamat, bersih serta lestari, mempromosikan pelancongan secaraberfokus dan pembukaan semula Langkawi selaku destinasi pelancongan.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Ekonomi
  • Hits: 1055