Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Polisi Kerajaan Dalam Memulihkan Ekonomi Negara, Percepat Perkembangan KDNK.

PUTRAJAYA - Polisi kerajaan dalam memulihkan semula ekonomi negara ke arah pertumbuhan berkualiti tinggi, memainkan peranan dalam mempercepat perkembangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.

Menurut kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kadar pertumbuhan KDNK 4.7 peratus pada tahun 2018 adalah peningkatan lebih tinggi, berbanding kadar pertumbuhan negara-negara yang sama taraf dan saiz.

Antaranya Sepanyol, Arab Saudi dan Mexico. Pelaburan awam pula telah meningkat sebanyak 44 peratus dalam suku keempat. Perkembangan positif itu dijangka berlanjutan tahun ini.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Ekonomi
  • Hits: 818