Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Koperasi perlu gerakkan ekonomi negara

KOTA KINABALU, 22 September - 19,000 usahawan Perusahaan Kecil Sederhana dan 14,000 koperasi yang mempunyai lebih 6 juta ahli perlu bersama kerajaan untuk menggerakkan ekonomi negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pengukuran kejayaan model perniagaan koperasi perlu diperincikan secara holistik memandangkan koperasi dilihat sebagai elemen pemacu pembangunan sosio ekonomi.

Corak perniagaan kini berubah menggunakan teknologi digitalisasi sesuai bagi mengukuhkan penglibatan dalam ekonomi pasca COVID-19.

Selaras Dasar Keusahawanan Negara 2030, sektor koperasi dan keusahawanan disasar untuk menyumbang perolehan sebanyak RM100 bilion.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi melancarkan Seminar Pemantapan Koperasi dan Pelancaran Program Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Sehingga akhir 2019, terdapat hampir 1,600 buah koperasi di Sabah dengan keanggotaan hampir 300,000 orang dan perolehan lebih RM372 juta.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 138