Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

Isu royalti filem dalam tindakan KKMM

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengambil tindakan bagi menyelesaikan pelbagai isu berkaitan royalti filem.

Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan RTM berhubung karya-karya tersimpan yang tidak menghasilkan apa-apa keuntungan kepada sesiapa.

Menurut Menterinya Tan Sri Annuar Musa, beliau mendapati ada dalam kalangan pencipta karya itu tidak memperoleh royalti daripada hasil kerja mereka kerana sebahagian daripada hak telah dijual dan sebagainya.

Jelasnya, beliau akan terus berbincang dengan pihak terlibat supaya dapat memahami kehendak serta keperluan mereka termasuk pembaharuan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta FINAS) (Akta 244) yang sudah lapuk.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Ekonomi
  • Hits: 53