Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Perodua Penguasaan Pasaran Kereta Nasional Perlu Melebihi 50%

Kuala Lumpur - Penguasaan pasaran kereta nasional perlu melebih 50 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan TIV tempatan.

Menurut Pengerusi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd, PERODUA Tan Sri Asmat Kamaludin, jika jualan berada di bawah paras berkenaan, ia bukan sahaja dilihat tidak sihat malah boleh memberi kesan negatif kepada pengedar kereta dan vendor tempatan.

Beliau ditemui media selepas pelancaran Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, kilang automotif kenderaan cekap tenaga, EEV bertauliah pertama di Malaysia.

Berkeluasan 64 ,000 meter persegi kilang yang dibangunkan dengan nilai pelaburan berjumlah 1.3 bilion ringgit ini mula beroperasi pada Ogos 2014 .

Ia dibina bagi mentransformasikan jenama Perodua menjadi lebih kompetetif dari segi kualiti, harga, pengurusan kos serta penghantaran.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 442