Monday, February 24, 2020

updated 5:14 AM UTC, Feb 24, 2020

Industri Francais Dijangka Menyumbang RM 28 Bilion Pada 2016

Kuala Lumpur - Sumbangan industri francais tempatan kepada keluaran dalam negara kasar, KDNK Malaysia dijangka meningkat kepada 28 bilion ringgit tahun ini berbanding 26.8 bilion tahun lalu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah setakat ini 807 syarikat francais telah mendaftar dengan kementeriannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena program pemantapan francaisor bumiputera anjuran Perbadanan Nasional Bhd, PNS.

Terdahulu dalam ucapatamanya, Datuk Seri Ahmad Bashah menasihatkan usahawan tempatan agar lebih kreatif dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Bagi memastikan survival perniagaan, mereka perlu berkerja keras dan tidak terlalu bergantung kepada bantaun kerajaan semata-mata.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 338