Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Ringgit Dibuka Lebih Rendah Berbanding Dolar Amerika Pagi Tadi

Kuala Lumpur - Ringgit dibuka lebih rendah berbanding Dolar Amerika Syarikat susulan permintaan yang lemah.

Pada pukul 9 pagi tadi, Unit tempatan itu disebut pada 4.316 berbanding Dolar Amerika.

Berbanding Dolar Singapura, ringgit disebut pada 3.05 dan berada pada 3.65 berbanding Yen.

Ringgit diniagakan pada 6.4 berbanding Pound sterling dan disebut pada 4.711 berbanding Euro.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 321