Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Dana Pelaburan Bersama Cradle Bernilai RM161.2 Juta Dengan 6 Lagi Rakan Kongsi

 

Kuala Lumpur - Firma dana modal teroka, Cradle Fund Sdn Bhd bekerjasama dengan enam lagi rakan pelaburan bersama untuk menyokong syarikat permulaan teknologi Malaysia, menjadikan dana pelaburan bersama kini bernilai RM161.2 juta berbanding RM159.2 juta dalam kumpulan kelimanya pada Februari.

Enam rakan kongsi baharu itu -- Crowdo, Crowdplus Asia, pitchIN, FundedbyMe, ATA Plus dan Quest Ventures -- menjadikan Cradle Fund mempunyai 25 rakan pelaburan bersama ekuiti berbanding 19 pada masa ini.

Sama seperti amalan pelaburan bersama Cradle Fund dalam kumpulan kelima, setiap rakan kongsi akan menyuntik sehingga RM500,000 bagi syarikat permulaan teknologi Malaysia yang berkaliber tinggi.(Sumber- Bessar)

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 603