Monday, 27 June 2022

PRE: PKS diminta hubungi pejabat SME Corp terdekat

 


KUALA LUMPUR, 9 April - Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak jelas dengan permohonan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) diminta berhubung dengan pejabat SME Corp terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said, biarpun terdapat rungutan mengenai dokumentasi dan tempoh masa kelulusan permohonan pakej tersebut, namun ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

"Untuk skim subsidi gaji, yang memohon ialah syarikat.

"Syarikat perlu membayar seperti biasa bermula 1 April dan mereka juga boleh membuat permohonan untuk mendapatkan subsidi yang telah disebutkan," jelasnya.

PKS terdiri daripada 98.5 peratus penubuhan perniagaan dalam negara dengan jumlah bilangan hampir sejuta industri.

PKS juga mewujudkan kira-kira 7 juta peluang pekerjaan.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Ekonomi
  • Hits: 2059