Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Minggu PKS Terengganu Sasar Hasil Jualan RM15.2 Juta

Kuala Lumpur - Minggu Pengusaha Kecil dan Sederhana, PKS Terengganu 2016 catat sasaran jualan berpotensi berjumlah RM15.2 juta.
 
Ia dilakukan menerusi padanan perniagaan dengan beberapa pasaraya terkemuka di negeri itu.

Jualan sedang berlangsung sehingga Rabu ini di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu.

Keyakinan itu dinyatakan Ketua Eksekutif SME Corp, Dato' Dr Hafsah Hashim.

Pencapaian tersebut juga adalah rekod jualan terbaik Minggu PKS sejak lima tahun lepas, walaupun sesi padanan perniagaan kali ini berkurangan dari segi jumlah penyertaan, berbanding tahun lepas.

Namun kualiti syarikat yang menyertai sesi kali ini, menghasilkan jualan yang berkali ganda.

Kehadiran peserta PKS dari negara jiran, Thailand turut sama  merangsang peningkatan sasaran jualan tersebut.

Di tambah sokongan, bantuan dan jalinan kerjasama erat dari kerajaan negeri dan pusat melalui SME Corp.

 

Sumber : Berita Semasa 12 (23 Mei 2016)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 283