Monday, 27 March 2023

Niaga hadapan KLIBOR diunjur kekal lengang minggu depan

  • Published in Ekonomi

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang pada minggu depan.

Malah, kontrak-kontrak tersebut tidak diniagakan sepanjang minggu ini dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak April 2023, Mei 2023, Jun 2023 dan September 2023 semuanya ditetapkan pada 97.23.

Dalam pada itu, asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.62 sepanjang minggu urus niaga. - BERNAMA


(Foto BERNAMA)