Kadar jangka pendek ditutup stabil
- Written by Media Baharu
- Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM47.60 bilion daripada RM52.52 bilion pada sebelah pagi manakala mudah tunai dana Islam merosot kepada RM21.14 bilion daripada RM24.22 bilion.
Terdahulu, bank pusat menawarkan empat tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.
(Foto fail)
Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM47.6 bilion dan satu tender pasaran wang Murabahah RM21.1 bilion, kedua-dua bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.72 peratus setakat 16 Mac 2023. -BERNAMA