Sunday, 26 March 2023

Pasaran getah ditutup rendah berikutan sentimen pasaran lemah

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh petunjuk lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas disebabkan komitmen Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan lagi kadar faedah bagi merendahkan inflasi.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS serta peningkatan penanda aras harga minyak mentah,” katanya.

Sementara itu, Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat lapan sen kepada 590.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 4.5 sen kepada 540.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 590.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 538.5 sen sekilogram. -BERNAMA