Monday, 27 March 2023

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives lebih rendah pada sesi dagangan tengah hari, menjejaki prestasi pasaran tunai asas.

Pada rehat tengah hari, kontrak Februari 2023, Mac 2023 dan Jun 2023 masing-masing menguncup tiga mata kepada 1,471.0, 1,461.0 dan 1,459.0.

Sementara itu, kontrak September 2023 merosot empat mata kepada 1,452.0.

Jumlah dagangan sebanyak 4,448 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 31,205 kontrak.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FBM KLCI susut 4.81 mata kepada 1,471.57 daripada 1,476.38 pada Selasa. -BERNAMA

(Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari)