Tuesday, 21 March 2023

Model Axia baharu bakal dilancarkan dalam masa terdekat

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan model Axia serba baharu dalam masa terdekat.

Tempahan bagi model tersebut telah dibuka dengan harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit.


(Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model terbaharu yang telah memulakan pengeluarannya bulan lalu, akan menggantikan Axia sedia ada yang ditamatkan pengeluarannya pada Disember 2022.

"Rupabentuk yang dipercayai sebagai model Axia serba baharu. Axia dahulu dia 'basic' dan tiada beg udara (Airbag), yang baharu ini kita akan lengkapkan dengan beg udara, sebab keselamatan adalah sangat penting. Kita juga banyak masukkan benda dan elemen baharu dari segi keselamatan untuk peningkatan dari segi segala rupabentuk, maka harga memang berbeza denga yang sekarang," katanya

Model baharu ini juga turut dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Pintar Perodua, yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.

Tambahnya, pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf ke Axia serba baharu atau kekal dengan model sedia ada dan menikmati insentif yang ditawarkan ketika pembelian.