Ekonomi global dijangka tumbuh pada kadar perlahan 2.9 peratus
- Written by Media Baharu
- Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Ekonomi global dijangka tumbuh pada kadar perlahan iaitu 2.9 peratus tahun ini, sebelum melonjak semula ke 3.1 peratus pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, unjuran oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk 2023 itu, lebih tinggi 0.2 peratus berbanding ramalan awal Oktober tahun lalu.
Semakan semula itu berdasarkan data pelaburan dan perbelanjaan pengguna yang kukuh selain dorongan daripada pembukaan semula China.
Sementara itu, inflasi global diunjur menyusut kepada 6.6 peratus tahun ini daripada 8.8 peratus pada 2022.
(Foto hiasan)
Penyusutan dijangka akan kekal rendah pada 4.3 peratus tahun hadapan, namun masih tinggi berbanding paras sebelum pandemik.
IMF dalam tinjauan ekonomi terkininya, turut memberi amaran berkenaan peningkatan kadar faedah oleh bank-bank pusat dan perang Rusia-Ukraine yang akan terus memberi kesan kepada ekonomi global.