Tuesday, 21 March 2023

RM57.8 juta nilai ekuiti tempatan dijual pelabur asing

  • Published in Ekonomi

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Sejumlah RM57.8 juta nilai ekuiti Malaysia dijual pelabur asing pada minggu lalu semasa tempoh dagangan singkat berikutan cuti Tahun Baharu Cina, berbanding RM168.5 juta minggu sebelumnya.

MIDF Research menerusi nota penyelidikannya berkata ia menandakan minggu jualan bersih yang ketiga berturut-turut.

Jumaat lalu menyaksikan aliran keluar paling besar sebanyak RM30.67 juta diikuti Rabu sebanyak RM26.51 juta.

Setakat ini bagi tahun ini, pelabur asing sudah menjual ekuiti Malaysia berjumlah RM200.77 juta.

Minggu lalu juga, peruncit tempatan menjual ekuiti bernilai RM21 juta dengan jumlah tertinggi direkod pada Rabu dengan sebanyak RM30.8 juta ekuiti terjual.

Setakat ini, peruncit tempatan sudah membuat jualan bersih sebanyak RM484.62 juta ekuiti Malaysia.


(FOTO HIASAN)