Tuesday, 21 March 2023

Beralih pada subsidi bersasar, antara langkah pastikan ekonomi stabil

  • Published in Ekonomi

(Foto Bernama)

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan ekonomi kekal stabil.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata antaranya beralih kepada subsidi bersasar yang tidak mempunyai ketirisan dan dapat disalur dengan baik.

"Kita bermula dengan subsidi yang kecil dan jika kita tidak berhati-hati dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, dengan mudah ia akan menelan antara 30 hingga 40 peratus daripada bajet operasi kita setiap tahun. Kecuali kita melakukan sesuatu mengenainya.

"Kedudukan fiskal negara akan bertambah susut dan ini akan menghilangkan keupayaan negara untuk mencari sumber terutamanya melalui pelaburan, perbelanjaan modal atau pembangunan yang boleh mengubah hala tuju dan memfokuskan semula ekonomi ini kepada sektor-sektor yang kita ada," katanya.

(Rafizi Ramli/Foto Bernama)

Beliau berkata demikian pada ceramah Parlimen Siri 1.0 berjudul "Memulihkan Ekonomi Malaysia" di Dewan Persidangan Parlimen, di sini hari ini.

Selain itu, katanya negara juga perlu menstruktur semula ekonomi dan bergerak ke arah pendigitalan supaya menjadi lebih cekap.