Wednesday, 1 February 2023

 

Tumpu kepada percepat adaptasi digital dan automasi golongan PKS

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Januari - Usaha mempercepat dan merancakkan adaptasi digital dan automasi terhadap komuniti perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu diberi tumpuan.

Menurut Pakar Ekonomi, Dr Juita Mohamad, langkah itu penting bagi mengatasi masalah kos dan margin keuntungan syarikat PKS.

Katanya, pendirian pro perniagaan pimpinan Kerajaan Perpaduan bakal mewujudkan persekitaran perniagaan menarik, namun untuk mengimbangkan kemudahan perniagaan sedia ada, beberapa perkara harus ditambah baik.

Selain itu, kemudahan untuk mendapatkan pinjaman kredit juga amat penting dalam usaha menggalakkan perniagaan terus berkembang.

"Pelbagai sokongan perlu diberi untuk PKS, masalah akses pembiayaan sudah lama menjadi isu, penyelesaian tidak dapat dibuat dengansempurna, jadi dengan adanya kerajaan ini saya nampak bahawa kerajaan bukan sahaja pro perniagaan, tetapi kerajaan ini akan beri tumpuan lebih kuat terhadap PKS, buka sahaja daripada segi potensi tetapi jumlah PKS negara yang mencecah 90 peratus daripada jumlah perniagaan keseluruhan, di Malaysia ini perlu dititik beratkan untuk pembangunan peniaga kecil," kata Dr Juita di sini.

Beliau turut menyifatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika ini masih berdaya tahan berbanding negara anggota ASEAN yang lain.

(Dr Juita ketika ditemu bual secara dalam talian menerusi program Bicara Naratif, di sini)