Wednesday, 1 February 2023

 

Adabi perluas pasaran eksport, tingkat keupayaan pengeluaran

  • Published in Ekonomi

RAWANG, 22 Januari - Syarikat pengeluar produk makanan, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) berhasrat memperluas pasaran eksport ke beberapa negara di rantau ini, selepas berjaya menembusi pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei.

Syarikat itu kini mengembangkan lagi pengeluaran produk di samping membuat pelaburan baharu bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.

Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor berkata bagi mencapai sasaran tersebut syarikat akan berusaha meningkatkan keupayaan pengeluaran termasuk daripada kilang pembuatan baharu di Rawang, Selangor.

(Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor)

"Saya ada visi untuk membawa Adabi ke peringkat serantau dan atarabangsa., Bagi peringkat serantau kami sedang melihat Filipina dan Vietnam,selepas Asean kita boleh pergi ke peringkat antarabangsa iaitu negara-negara Eropah dan Afrika...jadi itu dalam pelan jangka panjang Adabi," katanya dalam sidang media pada majlis pembukaan kilang baharu, di sini.

Tambah Syed Izmal, syarikat juga merancang untuk memperkenal lapan produk baharu tahun ini, merangkumi makanan dalam tin, rempah dan tepung.