Wednesday, 1 February 2023

 

Kadar jangka pendek dijangka stabil

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Disember - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini dengan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM49.23 bilion dalam sistem konvensional dan RM35.97 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion iaitu satu selama tujuh hari dan satu lagi selama 14 hari serta tender Program Komoditi Murabahah bernilai RM500 juta untuk tempoh 33 hari.

BNM turut mengendalikan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM610 juta untuk 182 hari dan RM300 juta untuk 365 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

(FOTO HIASAN)

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM47.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM34.3 bilion. - BERNAMA