Wednesday, 1 February 2023

 

Sime Darby Property, lepasi sasaran jualan tahun kewangan 2022

  • Published in Ekonomi

ARA DAMANSARA, 29 November- Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah melepasi sasaran jualan tahun kewangan 2022 berjumlah RM2.6 bilion.

Ini susulan catatan rekod jualan sebanyak RM2.7 bilion pada sembilan bulan, berakhir 30 September 2022.

Sime Darby Property Berhad melalui satu kenyataan berkata, pencapaian ini menandakan peningkatan jualan sebanyak 43% tahun ke tahun (YoY) berbanding RM1.9 bilion yang dicapai dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.8 bilion dan RM323.1 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 21% dan 90% tahun ke tahun.


(Sime Darby Property Berhad telah melepasi
sasaran jualan tahun kewangan 2022 berjumlah RM2.6 bilion)

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) juga melonjak melebihi 100% tahun ke tahun kepada RM212.7 juta.

Peningkatan jumlah pendapatan Syarikat sebanyak 12% kepada RM689.3 juta suku ke suku (QoQ) telah didorong oleh kemajuan segmen Pembangunan Hartanah.

Manakala Untung kasar Syarikat juga meningkat sebanyak 8% suku ke suku kepada RM207.5 juta hasil kecemerlangan segmen Pelaburan dan Pengurusan Aset.