Wednesday, 8 February 2023

 

CSRD, sesi libat urus antara Malaysia dan EU perlu diadakan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 November- Malaysia perlu mengadakan libat urus bersama Kesatuan Eropah (EU) berkenaan Arahan Pelaporan Kemampanan Korporat (CSRD) terbaharunya serta sebarang peraturan masa depan.

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata ini memandangkan pelaksanaan CSRD akan memberi impak ketara kepada syarikat yang mempunyai operasi di blok dagangan terbesar dunia itu.

Justeru, syarikat tempatan yang terlibat harus bersedia mematuhi kewajipan pelaporan baharu tersebut.

Peratus di bawah CSRD baharu itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat bermula tahun 2024 hingga 2026.

Syarikat yang dilindungi oleh CSRD perlu mematuhi Piawaian Pelaporan Kemampanan Eropah pada masa akan datang.

Ini termasuk melaporkan aktiviti kemampanan korporat dalam bahagian khusus laporan pengurusan syarikat dan boleh diakses oleh orang awam.

CSRD baharu itu akan turut terpakai kepada semua syarikat besar kesatuan itu, termasuk anak syarikat bagi syarikat induk bukan EU dan PKS yang disenaraikan di pasaran terkawal.

(FOTO HIASAN)