Wednesday, 8 February 2023

 

Sentimen pasaran yang baik selepas pembentukan kerajaan baharu mampu kukuhkan nilai ringgit

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 November - Nilai ringgit akan terus merekodkan aliran positif secara sederhana.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berpandangan beliau optimis sentimen pasaran yang baik selepas pembentukan kerajaan baharu mampu mengukuhkan nilai ringgit.

Ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rangkaian dan hubungan baik dengan pelabur antarabangsa.

(Profesor Dr Barjoyai Bardai)

"Kadar pertukaran ini terus meningkat tetapi tidak meningkat secara cepat kerana pelabur asing masih lagi menumpukan perhatian kepada Amerika kerana kadar OPR di Amerika ditingkatkan 75 mata setiap bulan dan belum mencapai sasaran sampai ke 4 peratus dan ini menjadikan kadar pulangan pelaburan dan pelaburan pendapatan tetap terus meningkat di AS," kata Profesor Dr Barjoyai kepada RTM.

Tambah Barjoyai, pengukuhan ringgit juga disokong oleh peningkatan eksport dan pengurangan import dalam negara.

Katanya, sekiranya eksport meningkat, nilai ringgit akan terus kukuh berikutan permintaan tinggi daripada pelabur antarabangsa.