Wednesday, 8 February 2023

 

MYAirline mula operasi bulan depan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 November-Syarikat penerbangan tambang rendah baharu, MYAirline Sdn Bhd bersedia memulakan operasi melibatkan tiga laluan pertamanya bulan depan.

Ia melibatkan penerbangan dari KLIA 2 ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu dengan harga tambang serendah RM48

Penerbangan terus itu akan bermula pada 1 Disember ini dengan penerbangan sekali sehari ke Kuching.


(Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline bakal mula operasi bulan hadapan)

Manakala perjalanan ke Kota Kinabalu dan Langkawi ditawarkan dua kali sehari.

Penerbangan ke destinasi berkenaan akan menggunakan pesawat Airbus A320-200 yang dilengkapi 180 tempat duduk dalam kabin kelas tunggal.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web MYAirline mulai 26 hingga 30 November ini untuk tempoh perjalanan bermula 1 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023.

Syarikat penerbangan itu turut menawarkan baucar eksklusif untuk penerbangan bermula 1 hingga 15 Disember 2022.