Wednesday, 8 February 2023

 

Datum Jelatek Shopping Centre dibuka secara rasmi hari ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 November- Satu lagi lokasi baharu yang bakal menjadi tumpuan warga kota iaitu Pusat Beli-Belah Datum Jelatek dibuka secara rasmi.

Projek dibangunkan oleh Datum Corp International itu merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Terletak di lokasi strategik diantara persekitaran Jelatek, Keramat, Setiawangsa dan Ampang; ia sememangnya menjadi pilihan penduduk di yang turut dilengkapi kemudahan awam LRT.

(Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp, Mohd Azmil Abd Shukor )

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp, Mohd Azmil Abd Shukor, antara perancangan pihaknya adalah untuk menjadikannya sebagai pusat penggemar kopi.


"kita juga dalam usaha Datum Shopping Centre adalah pusat untuk penggemar kopi. Kita akan jemput pengusaha muda datang ambil kiosk untuk jual kopi", katanya kepada media.

Pusat beli belah setinggi tiga tingkat beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Datum Jelatek turut menawarkan 712 unit pangsapuri mewah dengan pelbagai fasiliti moden.