Thursday, 8 December 2022

Affin Bank optimis peningkatan strategi digital

  • Published in Ekonomi

(Kad Prabayar Visa Affin Merchantrade dengan kerjasama Merchantrade Asia Sdn Bhd)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Kumpulan Affin Bank Berhad (Affin Bank) optimis prospek pertumbuhannya untuk separuh ke dua 2022 dengan mempertingkatkan keperluan pelanggan melalui strategi digital yang dinaiktaraf.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah berkata; lebih RM300,000 juta dilabur pada tahun ini bagi tujuan tersebut.

Perkara tersebut meletakkan bank itu di barisan hadapan dari segi pendigitalan, di samping menyokong pelanggan dan menguasai perniagaan di pasaran di tengah-tengah krisis global.

Beliau turut menjelaskan, "kami telah membuat pelaburan dalam sistem teknologi maklumat dan teknologi tinggi.

"Perkara itu akan menempatkan kami dalam berdepan strategi saingan digital serta dapat menyokong keperluan pelanggan secara 24 jam."

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kad Prabayar Visa Affin Merchantrade dengan kerjasama Merchantrade Asia Sdn Bhd. di Menara Affin Bank, ibu negara.

(Wan Razly Abdullah pada Majlis Pelancaran Kad Prabayar Visa Affin Merchantrade)