Thursday, 8 December 2022

Kerjasama Takaful IKHLAS-BSN pacu sektor perkhidatan kewangan Islam

  • Published in Ekonomi

(Majlis Pelancaran Bancatakaful)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menjalin kerjasama bancatakaful terbaharu bagi memacu pertumbuhan perkhidmatan kewangan Islam di negara ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata perkhidmatan itu akan ditawarkan kepada komuniti menerusi kerjasama lima tahun dengan Takaful IKHLAS yang menawarkan produk-produk takaful am kepada pelanggan runcit dan mikro BSN.

"Ini adalah kerjasama pertama antara Takaful IKHLAS dengan BSN. Saya mewakili Takaful IKHLAS ingin merkamkan penghargaan kepada BSN," kata Rudy Rodzila dalam Majlis Pelancaran Bancatakaful di sini.

Kerjasama tersebut akan menumpukan tiga bidang utama iaitu motor atau kenderaan, pemilik rumah dan kemalangan peribadi.

(Datuk Rudy Rodzila berkata Kerjasama Takaful IKHLAS-BSN pacu sektor perkhidatan
kewangan Islam)