Tuesday, 29 November 2022

TNB jangka kuota Tarif Elektrik Hijau bertambah pada 2023

  • Published in Ekonomi

SHAH ALAM, 28 September - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kuota Tarif Elektrik Hijau (GET) akan bertambah dan diberikan secara setahun pada 2023.

Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata ia berdasarkan permintaan tinggi tahun ini menyaksikan kuota berjaya dipenuhi dalam tempoh hanya beberapa bulan.

(Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan)

"Bagi tahun 2023, kita menjangkakan kuota diberikan secara setahun dan jumlahnya juga akan bertambah, disebabkan sekarang kita sedang membina Large Scale Solar (LSS) dan boleh mula beroperasi tahun depan. Jadi kita mempunyai peluang untuk memberikan GET kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis inisiatif hijau SP Setia Bhd bersama TNB, di sini.

Tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai tambahan kuota tersebut, beliau yakin GET mampu memperoleh permintaan 50 peratus lebih tinggi daripada jumlah ditawarkan tahun ini.